Search This Blog

Loading...

TIKAR MENGKUANG

ANYAMAN TIKAR MENGKUANG.

Seni anyaman tikar mengkuang adalah kemahiran yang diwarisi sejak zaman berzaman tanpa adanya suatu dokumentasi lengkap berhubung teknik atau kepelbagaian corak atau kelarai uniknya. 
Dikatakan, terdapat lebih daripada seratus kelarai yang berlainan. Kemahiran untuk mewujudkan kelarai-kelarai yang berlainan atau kombinasi kelarai-kelarai tadi sudah tentu memerlukan ketelitian dan kemahiran menganyam yang sangat tinggi. 
Selain itu, proses anyamannnya dibuat secara manual dan memerlukan ketelitian & daya tumpu yang hebat.

PROSES MENGANYAM TIKAR
1. Memilih dan memotong daun mengkuang mentah. Panjang daun yang dikerat bergantung kepada saiz tikar yang ingin dibuat. Biasanya ianya dipotong dalam ukuran 3 ½ kaki sehingga 8 kaki.

2. Selepas dipotong, duri tengah daun mengkuang tadi akan dibuang dengan menggunakan pisau kecil. Daun-daun yang dikerat berdasar anggaran tadi akan dikerat sekata sekali lagi berdasarkan saiz sebenar ukuran tikar yang akan dibuat.

3. Kedua-dua belah duri tepi dibuang, daun mengkuang akan dibelah bergantung kepada saiz ‘bilah’ yang ingin dihasilkan.Selepas itu,bilah-bilah mengkuang atau mengkuang yang telah dikecilkan saiznya akan direbus untuk membuang klorofil.

4. Mengkuang yang telah dinyah klorofil akan direndam ke dalam air selama 2 malam.Setelah direndam, bilah-bilah mengkuang akan dijemur sehingga kering selama satu atau dua hari. Bergantung kepada warna yang ingin dihasikan,bilah-bilah mengkuang sekali lagi akan direndam di dalam cecair pewarna untuk menghasilkan bilah-bilah yang pelbagai warna.

5. Sekali lagi,bilah-bilah yang telah diwarnakan dijemur dan dikeringkan. 

6. Seterusnya, tikar akan dianyam dalam pelbagai corak atau kelarai. Seorang tukang tikar yang mahir boleh menggabungkan 4 atau 5 kelarai dalam sebuah tikar. Tikar yang telah siap akan dikemaskan hujungnya dengan membuat cara ‘Lepih’ atau ‘Tulang Belut’. (rujuk gambar-gambar tikar dibawah).

 
Kusyen
 
penghargaan buat: http://zifecrafts.wordpress.com/tikar/

1 comments:

tamanraudhah said...

Beri Laluan

Nilai 1g Morhabshi sama dengan 1g EMAS. Benarkah?

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails