- Bentuk bunga ukiran Melayu Kelantan dan Terengganu mengikut empat bentuk asas iaitu stupa, makara, gunungan, dan teratai .
- Bentuk asas ini adalah pemidang kepada motif flora yang berasal dari keturunan tukang ukir sebelum abad ke-14. Kebanyakan ukiran bagi komponen bangunan berbentuk kepingan dan empat segi seperti daun pintu dan sisir angin adalah bertatatur simmetri.
- Tatatur yang seimbang ini berasaskan pada sekurang-kurang satu paksi.
- Terdapat juga komponen seperti alas lampu langit-langit rumah berpaksi lapan, contohnya pada Rumah Dato Biji Sura di Kuala Terengganu (Mohamed Hanif, 1997).
- Komponen bangunan atau kraf berbongkah seperti buah buton, kukur dan hulu keris disobek bersimmetri atau sebaliknya. Buah buton pada Masjid Telok Manok di daerah Pattani disobek dalam bentuk bunga teratai. Kesemua 18 buah buton dibezakan dengan kemekaran bunga; bermula yang masih kuncup hingga yang mekar penuh.
- Kewujudan komponen ukiran jelas mengindahkan rupabentuk dan menambahnilai sesuatu bangunan. Ia bukan hanya sebagai elemen hiasan malah menjadi elemen keperluan untuk menandakan senibina Melayu di Semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand.
Motif flora dan fauna dalam ukiran Melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Subscribe

0 comments:
Post a Comment