Search This Blog

Loading...

Bentuk asas ukiran Melayu di Kelantan dan Terengganu







  • Terdapat lebih dari 15 jenis komponen-komponen bangunan yang diukir dan dikategorikan dalam tiga jenis iaitu kerangka, elemen dan perhiasan
  • Pemeleh, tunjuklangit, tiang seri, tetupai dan dinding adalah komponen kerangka yang menanggung beban bangunan.  Hanya  bunga ukiran kasar atau mudah saja diterapkan pada komponen-komponen ini.  
  • Berlainan pula ukiran pada komponen elemen iaitu lebih halus kerana ia menjadi tumpuan pandangan apabila seseorang berada di dalam bangunan.  Daun pintu, kekisi, sisir angin dan mimbar masjid adalah contoh komponen elemen. 
  • Komponen perhiasan pula berfungsi menambah nilai rupabentuk senbina bangunan. Som, buah buton dan cucur atap adalah diantara komponen perhiasan pada rumah tradisional Melayu.  Buah buton merupakan bentuk stupa biasanya diukir bermotifkan bunga teratai sedang mekar dan berfungsi sebagai hiasan atau penutup pada pangkal tanggam kasau jantan, alang dan tunjuk langit.  Spesis kayu cengal, merbau, balau merah, seraya dan meranti digunakan untuk pembinaan rumah dan masjid serta komponen ukiran.
  • Tukang perahu pula memilih spesis kayu sangat keras iaitu cengal dan balau merah untuk pembinaan ukiran pada perahu serta  komponen nya. Komponen utama yang diukir termasuk kepala bangau dan pengayuh perahu.  Kepala bangau atau makara merupakan mitos orang Melayu Pattani terhadap kosmologi dan laut.  Ianya berfungsi sebagai penyangkut tali sauh dan dipasang pada bahagian depan perahu.  Motif flora termasuk motif daun dan bunga getamguri, jari buaya, bayam peraksi, bunga ketumbit dan sulur kacang laut kebiasaannya diterapkan pada kepala bangau.
  • Pengukir Melayu juga menghasilkan lebih dari 15 jenis peralatan dan perkakas rumah termasuk peralatan dapur seperti kukur, sengkalan, senduduk dan acuan putu. 
  • Contoh peralatan rumah, senjata, peralatan muzik dan komponen rumah digambarkan dalam rajah 3.0. Motif flora seperti daun sulur kacang laut, ketam guri dan ketumbit disobek pada kaki dan leher kukur. Ia diperbuat dari bongkah kayu nangka atau leban yang biasa diperolehi dari belukar dan perkarangan rumah. Rupabentuk ukiran jelas menunjukan bahawa sobekan adalah satu manifestasi idea yang abstrak kepada bentuk nyata diatas kayu. Manifestasi ini amat simbolik terutama pada kraf yang kecil seperti senjata termasuk keris, badek, golok, dan lembing. Walaupun motif ukir yang sama digunapakai namun kehalusan sobekan adalah rumit. Kayu kemuning dipilih oleh pengukir untuk hulu keris dan badek kerana sifat kehalusan ira dan kecerahan warna kuning dan kadang-kadang berceloreng. Manakala kekerasan serta tahan lasak kayu cengal atau kelurusan urat batang nibong menyebabkan ia menjadi pilihan untuk hulu lembing.
  • Selain dari senjata, peralatan muzik juga diukir sebagai kraf termasuk kenong, kecupung rebab, kerombong, gong dan serunai. Spesis cengal, sena, leban, bacang dan nangka digunakan untuk peralatan-peralatan ini. Sebagai contoh, serunai dibuat dari spesis leban untuk menghasilkan bunyi yang merdu kerana bunyi yang tinggi nilainya dikaitkan dengan kehalusan ukiran dan kesesuaian bahan.




2 comments:

Atsauri said...

menarik sekali kupasan anda. tiada foto sbg rujukan / penerangan tambahan ?

ღ""`izzA SeNsei`""ღ said...

terima kasih...
setakat ini belum ada saudara Atsauri...
maaf huhu~

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails