Search This Blog

Loading...

Sejarah Tenun Pahang DiRaja

Tenun ialah proses mencantum atau menyilang benang-benang menjadi kain tenunan. Seni Tenunan Pahang berasal dari Bandar Diraja Pekan. Fabrik ini ditenun dengan menggunakan ek Siam . Pengenalan kepada Fabrik ini berdasarkan pada corak berjalur dan kotak atau berpetak yang terhasil dengan mengunakan pemilihan susunan pada benang Pakan dan loseng yang diubah-ubah.

Seni tenunan di Pahang ini dipercayai dibawa ke Pahang pada abad ke-16 masihi dari Riau atau Sulawesi oleh pembesar Bugis bernama Tuk Tuan (Keraing Aji) . Beliau disifatkan sebagai pelopor reka corak baru dalam pemakaian kain sarung dan kain samping. Tuk Tuan sering memakai Dagang Luar dan Dagang Dalam dari bahan tenunan sutera permai yang dibawa dari Sulawesi , Acheh dan Riau. Pengetahuan dalam bidang tenunan menyebabkan ramai wanita khasnya surirumah sekitar tempat tinggalnya mempelajari cara membuat kain tenun iaitu Kampung Mengkasar , Pekan. Kewujudan dan ketokohan Tuk Tuan telah dicatatkan oleh penulis Inggeris , Dr. W. Linehendan T.J. Nerbold. Seni Fabrik yang halus dan indah ini telah mendapat sokongan golongan istana terutama Yang Mulis Tengku Ampuan Mariam.

Kepermaian Sutera Tenun Pahang telah dijadi pelengkap busana juita anak-anak raja, golongan istana,orang bangsawan dan dijadikan cenderahati ke luar negara. Kini kegunaannya telah tersebar kepada golongan rakyat sebagai kain sampin, kain sarung serta dijahit untuk pakaian tradiosional. Harganya bergantung pada harga dan jenis benang yang digunakan.

Seni tenunan terbahagi kepada tiga jenis iaitu tenunan biasa , tenunan ikat celup dan songket. Tenunan songket merupakan tenunan yang paling lengkap dan cantik. Tenunan ini merupakan satu perkembangan daripada proses tenunan biasa. Sementara tenunan ikat pula dipercayai berkembang di istana raja-raja. Penciptaannya lebih rumit terutama dalam proses menyongket solek atau menyolek. Jenis kain tenunan ini dikenali juga dengan panggilan kain benang emas.


Corak Tenun Pahang DiRaja

Terdapat sebanyak 27 rekacorak dan 4 Muka Kain Tradisional antaranya :
1. Corak Anak Lebah
2. Corak Tapak Catur

3. Corak Batang Pinang
4. Corak Dato Mahmud

5. Corak Jalur Biasa
6. Corak Mengiring

7. Corak Bunga Chengkih
8. Corak Bunting Padi

9. Corak Biji Peria
10. Corak Cindai

11. Corak Pahang
12. Corak Limar

13. Corak Tun Razak

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails